fbpx

Klopp anggap seri adil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE (kanan) menyelamatkan Liverpool apabila meledak gol penyamaan pada awal babak kedua ketika terikat 2-2 menentang City kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meng­akui perlawanan menentang Manchester City di Etihad kelmarin adalah ibarat aksi ‘tinju’ dan keputusan seri 2-2 dirasakan adil untuk kedua-dua pasukan.

Pada perlawanan tersebut, City berjaya meledak dua gol pada aksi separuh masa per­tama menerusi Kevin De Bruyne dan Gabriel Jesus sementara Liverpool memperoleh gol hasil jaringan Diogo Jota.

Bagaimanapun, The Reds tidak menunggu lama pada babak kedua apabila Sadio Mane menghasilkan gol penyamaan selepas seminit perlawanan bermula untuk kedua-dua pasu­kan terikat.

“Ia aksi yang sangat ‘liar’. Separuh masa pertama milik City, kami seperti bertarung dalam gelanggang tinju, anda terkena tumbukan kuat setiap kali hilang fokus.

“Babak kedua kami lebih baik, cuma kami berdepan kesukaran apabila City banyak menggunakan serangan balas pantas dengan larian-larian yang sangat menarik.

“Kami bernasib baik dengan jaringan ketiga mereka kerana ia adalah ofsaid tetapi ia hampir-hampir membuatkan kami pulang hampa,” katanya.

Klopp turut mengakui bahawa benteng pertahanan pasukannya sedikit goyah, namun percaya masalah itu akan segera diatasi.

“Saya percaya bahawa keputusan ini adil untuk kedua-dua pasukan tetapi berbaki tujuh lagi perlawanan, kami tidak akan berhenti mengejar mereka,”­ jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI