fbpx

‘Kalau ada pengumuman penting, saya sendiri akan maklumkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEDANG intim, Yasmin Hani tidak mahu terlalu terbuka bercakap soal hubungan dengan lelaki memandangkan dia bercerai tahun lalu.

PETALING JAYA – Mengambil pendekatan enggan terlalu bercerita tentang hubungan istimewa yang terjalin antaranya dengan aktor Alif Hadi, pengacara popular, Yasmin Hani berjanji tidak akan berahsia sekiranya ada pengumuman penting kelak. 

Pemilik nama lengkap, Yasmin Hani Richardson itu bertegas, apa yang penting sekarang adalah kebajikan anak-anak daripada perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Shahrin Razal yang kian membesar.

“Kalau boleh saya tak nak panjangkan perkara ini dengan bercerita lebih lanjut tentang perhubungan atau persahabatan antara saya dengan Alif. 

“Insya-Allah, kalau ada benda yang penting dan sudah ‘rasmi’, saya sendiri akan berkongsi dengan semua orang terutama rakan-rakan media,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

YASMIN HANI mengakui sedang berkawan raoat dengan pelakon Alif Hadi.

Terang Yasmin lagi, sebagai seorang wanita yang baru sahaja berdepan masalah keruntuhan rumah tangga, adalah tidak manis untuk terlalu mencanang tentang kehidupan peribadi kepada umum terutama apabila hubungan yang baru dibina masih lagi terlalu baharu. 

“Saya perlu pentingkan kesihatan mental anak-anak. Itu yang menjadi keutamaan saya. 

“Bukan saya tak nak bercerita atau mengelak tetapi saya minta diberikan ruang sedikit untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Kalau ada pengumuman penting, saya sendiri akan maklumkan kepada orang. 

“Buat masa sekarang, saya memang berkawan rapat dengan Alif. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” ujarnya. 

Terdahulu, media melaporkan Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Abdul Hadi, 34, mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi Hani sejak beberapa bulan lalu selepas membintangi drama rantaian bersama iaitu The Hotel. 

Ujar Alif, dia tidak menolak andai bertemu jodoh dengan ibu kepada dua cahaya mata itu. 

Yasmin berkahwin dengan Shaarin Mohamed Razali pada 2011 dan selepas 11 tahun hidup bersama sebagai suami isteri, mereka mengambil keputusan untuk bercerai tahun lalu. 

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI