fbpx

Jokowi minta bajet Pemilu 2024 segera diputuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOKOWI berkata, anggaran yang baru disampaikan kepadanya adalah sebanyak 110.4 trilion rupiah (RM32.48 bilion). - AFP

JAKARTA – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) meminta agar peruntukan bajet berkaitan penyelenggaraan Pilihan Raya Umum 2024 (Pemilu 2024) segera diputuskan kerana peringkat awal akan dimulakan pada waktu terdekat iaitu Jun ini, lapor laman berita Kompas.

Bajet Pemilu akan diperuntukkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu). Jokowi berkata, anggaran bajet yang telah diserahkan kepadanya adalah sebanyak 110.4 trilion rupiah (RM32.48 bilion). 

“Semalam dimaklumkan kepada saya bahawa anggaran bajet dijangka sebanyak 110.4 trilion rupiah untuk KPU dan Bawaslu. KPU adalah 76.6 trilion rupiah (RM22.5 bilion) dan Bawaslu sebanyak 33.8 trilion rupiah (RM9.7 bilion),’’ jelas Jokowi menerusi kenyataan rasmi Sekretariat Presiden kelmarin. 

Dalam pada itu, Jokowi turut meminta agar jumlah anggaran bajet yang telah disampaikan kepadanya untuk dikira semula.

“Saya minta ia diperincikan lagi, dikira semula dalam Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN) mahupun Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah (APBD) mengikut peringkat,’’ tambah beliau.

Seterusnya, Jokowi meminta persiapan pengganti wakil pejabat daerah untuk dilakukan kerana akan menamatkan perkhidmatan pada 2022. Menurut beliau, kekosongan yang perlu diisi adalah sebanyak 76 ketua daerah dan 18 datuk bandar.

“Saya minta agar pemilihan tokoh dan pegawai wilayah ini benar-benar dilaksanakan dengan baik supaya kita mendapat pegawai yang berkebolehan, mempunyai kepemimpinan yang kuat dan mampu melaksanakan tugas di tengah-tengah situasi ekonomi yang sukar,” sambungnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI