fbpx

Cuaca buruk di Pulau Pinang, Pahang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan empat negeri petang ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk tersebut dijangka berlaku sehingga lewat petang nanti.

“Amaran dikeluarkan melibatkan keseluruhan kawasan di Pulau Pinang manakala di Kedah hanya tertumpu di Langkawi.

“Di Pahang pula, amaran sama turut dikeluarkan melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong,” katanya.

Sementara itu, di Sarawak membabitkan Mukah, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI