fbpx

Britney Spears umum hamil anak ketiga, sudah berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRITNEY SPEARS bersama pasangannya, Sam Asghari.

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal Britney Spears memberi kejutan kepada 40 juta pengikut dalam Instagramnya pagi ini apabila mengumumkan dia dan pasangannya Sam Asghari sedang menanti cahaya mata.

Berita kehamilan tersebut dikongsi penyanyi berusia 40 tahun itu beberapa bulan selepas  bebas secara rasmi daripada kongkongan bapanya.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah penyanyi itu turut membahasakan Sam Asghari yang merupakan tunangnya sebagai suami dalam pengumuman berkenaan.

Kenyataannya itu seolah-olah memberitahu bahawa mereka telah berkahwin.

“Saya kurangkan berat badan demi percutian ke Maui, (Hawaii) hanya untuk menambahkannya (berat badan) kembali.

“Saya fikir apa masalah perut saya? Suami saya mengatakan saya mengandung makanan!!

“Jadi, saya melakukan ujian kehamilan dan saya sedang hamil.Empat hari kemudian, perut semakin membesar,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi Toxic itu memberitahu, dia akan menghabiskan lebih banyak masa di rumah untuk mengelak gambarnya dirakam oleh paparazzi.

“Saya tidak akan kerap berada di luar memandangkan paparazzi dapat wang dengan mengambil gambar saya.

“Ironinya, mereka (paparazzi) telah pun melakukannya sebelum ini,” tulis Britney.

Britney mendedahkan kehamilan bukanlah mudahnya untuknya kerana setiap kali hamil dia akan mengalami kemurungan kehamilan (perinatal depression).

“Saya harus mengatakan ia sangat teruk. Wanita tidak bercakap tentangnya (kemurungan kehamilan) pada masa dulu.

“Sesetengah orang beranggapan bahaya jika wanita merungut tentang kemurungan ketika hamil. Namun, sekarang wanita bercakap tentangnya setiap hari.

“Terima kasih Tuhan, kami tidak perlu lagi berahsia tentang kesakitan itu,” ujar Britney lagi.

Terdahulu, Britney pernah mendedahkan bahawa dia ingin membina keluarga bersama Sam Asghari, 28, yang merupakan seorang jurulatih kecergasan, bagaimanapun hasratnya telah dihalang oleh penjaga rasminya ketika itu dengan memaksanya memasang alat pencegah kehamilan.

Bapanya, Jamie Spears sebelum ini memikul peranan sebagai penjaga selepas menerima arahan mahkamah pada 2008 apabila Britney didakwa mengalami masalah kesihatan mental.

Penyanyi itu akhirnya bebas apabila Mahkamah Los Angeles menamatkan kebenaran hak jagaan selepas 13 tahun pada November tahun lalu.

Britney sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan rakannya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut kemudiannya dibatalkan.

Pada tahun yang sama, Britney berkahwin buat kali kedua dengan penari, Kevin Federline.

Menerusi perkahwinan tersebut Britney dikurniakan dua orang anak lelaki, bagaimanapun mereka bercerai pada 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI