fbpx

Berhentilah reka cerita – Zaki Yamani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKI berharap bapanya Jamal tidak lagi memburuk-burukkan ibunya, Fatimatuzahra.

PETALING JAYA – Tampil mempertahankan ibunya, penyanyi Zaki Yamani meminta bapanya, Datuk Jamal Abdillah berhenti mengeluarkan kenyataan tidak benar menuduh ibunya, Fatimatuzahra Samad sebagai penyebab yang merenggangkan hubungan mereka.

Menurut pemilik nama penuh Ahmad Zaki Yaman, 16, dalam sebuah video Instagram, ibunya tidak seharusnya dituduh sedemikian memandangkan wanita itulah merupakan individu yang sentiasa bersamanya pada waktu susah dan senang.

“Berkenaan dengan isu mak halang ayah bertemu dengan saya adalah tidak benar. Untuk baba (Jamal), kalau boleh berhentilah burukkan mami (panggilan untuk ibu) sebab bila saya sakit, dialah individu yang ada di sisi sepanjang berada di hospital.

“Sebenarnya baba (panggilan untuk Jamal) boleh saja jumpa Zaki. Babah janji nak jumpa tetapi tiada, saya WhatsApp pun tidak berbalas. Jadi, berhenti burukkan ibu saya.

Dalam pada itu, Zaki meminta pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu berhenti mereka-reka cerita tentang kemelut tersebut.

“Tiada siapa halang tetapi baba yang tak mahu jumpa saya. Kenapa pula hendak salahkan mami. Cukuplah baba buat cerita macam-macam,” ujarnya dalam ruangan komen sebuah portal berita.

Terdahulu, Jamal menerusi laporan sebuah portal berbahasa Melayu mendakwa dia dihalang oleh bekas isterinya iaitu Fatimatuzahra bertemu Zaki selepas bercerai.

Katanya, kali terakhir bertemu Zaki ialah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selama setengah jam di sebuah kediaman sahabatnya.

Kenyataan tersebut bagi menjawab dakwaan Zaki sebelum ini yang mendedahkan kali terakhir dia menyambut hari raya bersama bapanya sekitar lapan tahun lalu.

Sebagai info, Zaki merupakan anak daripad ahasil perkahwinan bersama Fatimatuzahra.

Jamal juga mempunyai anak lelaki yang juga penyanyi, Osama Yamani hasil perkahwinan berama Intan Noraina Mohd. Yusof.

Untuk rekod, penyanyi lagu Azura itu sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati Khiruddin pada 1 April 2017.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia dua bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI