fbpx

168 mangsa terjejas banjir kilat di Labis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah rumah yang terkesan banjir kilat di Kampung Lembah Bakti, Segamat yang di naiki air sejak lewat petang semalam

SEGAMAT – Hujan lebat yang berterusan sejak lewat petang semalam menyebabkan banjir kilat apabila Kampung Lembah Bakti dinaiki air di sini.

Difahamkan kawasan kampung tersebut telah berlaku banjir buat kali kedua pada tahun ini setelah banjir pertama pada awal Januari lalu.

Sebanyak 37 rumah kediaman keluarga melibatkan 168 mangsa bah terjejas dinaiki air sedalam satu meter terutama di kawasan rendah kesan limpahan air dari parit besar berhampiran.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Segamat, Kapten (PA) Norhisham Abdullah berkata, anggotanya melakukan pemantauan banjir kilat bermula pukul 7.16 malam semalam.

“Setakat ini paras air parit berhampiran pada tahap terkawal dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masih dalam keadaan bersedia.

“Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun, Tenang Stesyen setakat ini,” katanya ketika ditemui di PPS SJKC Ai Chun di sini lewat malam tadi.

Turut hadir, ADUN Tenang, Haslinda Salleh, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh, Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Labis, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Hafifi Md.Sarip dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat, Mohammad Kamal Helmi Mohd Pang.

Sementara itu, Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim berkata, setakat ini tiada kejadian banjir berlaku di lokasi lain di sekitar daerah ini.

“PPS SJKC Ai Chun mula beroperasi pada pukul 9.15 malam tadi dan menempatkan kesemua mangsa,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI