fbpx

Werner belum jadi ‘kayu buruk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER meledak dua gol ketika membantu Chelsea menewaskan Southampton 6-0 pada aksi kelmarin. – AFP

LONDON – Kejayaan meledak dua gol ketika membantu Chelsea menewaskan Southampton 6-0 kelmarin membuktikan bahawa penyerang, Timo Werner masih lagi aset penting untuk pasukan tersebut.

Dibeli dari RB Leipzig pada Jun 2020, Werner berdepan kritikan yang hebat apabila dilihat gagal untuk memberikan persembahan terbaik dan dua gol yang dihasilkannya kelmarin menyaksikan dia hanya mengumpul sembilan gol dalam 51 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pada aksi berkenaan, Werner mampu untuk melakar hatrik atau menjaringkan lebih banyak gol apabila tiga percubaannya pada separuh masa pertama terkena palang gol, namun dua gol dari Mason Mount dan masing-masing satu daripada Kai Havertz dan Marcos Alonso sudah cukup untuk Chelsea berpesta gol.

Sebelum ini, Werner mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan bahawa dia lebih selesa beraksi bersama skuad Jerman berban­ding di Chelsea dengan peranan yang diberikan.

Bagaimanapun, pengurus pasukan itu, Thomas Tuchel mengakui bahawa aksi yang dipamerkan bertemu Southampton adalah mutu sebenar yang dimiliki Werner dan mahu pemain itu terus mengekalkannya.

“Itu adalah posisi sebenar­nya, dikelilingi oleh pemain lain dan mempunyai hubungan bersama Mason, Kova (Mateo Kovacic). Cara itu digemari oleh Werner apabila banyak mene­rima sokongan daripada pemain lain.

“Dia masih lagi seorang pemain yang penting untuk kelab ini dan saya gembira apabila dia mengakui masih belum berputus asa dan akhirnya dia mengotakan apa yang dijanjikan,” kata Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI