fbpx

Suspek jadikan kegiatan edar dadah sebagai pendapatan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah yang dirampas pihak polis dalam serbuan di sebuah kondominium di sekitar Kepong, di sini Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki tempatan disyaki menjadikan kegiatan mengedar dadah sebagai pendapatan mengundang padah apabila ditahan polis dalam satu operasi di sebuah kondominium di sekitar Kepong, di sini Sabtu lalu.

Bertindak di atas maklumat pengedaran dadah pada pukul 3.15 petang itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah menahan suspek berusia 34 tahun di lobi kondominium itu.

Timbalan Ketua JSJN Kuala Lumpur, Superintendan Mohd. Shokri Abdullah berkata, pemeriksaan polis ke atas sebuah beg kertas miliknya menjumpai cecair MDMA sebanyak 0.9 liter dan serbuk MDMA seberat 0.184 kilogram (kg).

“Pemeriksaan lanjut di dalam kondominium itu turut menemui cecair MDMA (4.5 liter), serbuk MDMA (2.14 kg), ketamin (90 gram) dan pil ekstasi (168 biji).

“Kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM158,390 manakala nilai wang yang dirampas sebanyak RM500,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, siasatan mendapati suspek yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak berusia lima tahun tidak mempunyai pekerjaan dan telah menjadikan aktiviti pengedaran dadah ini sebagai punca pendapatan utama.

“Hasil semakan mendapati suspek pernah ditangkap dibawah kes narkotik sebelum ini dan kesemua dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

“Hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI