fbpx

Seorang lagi pengadil menanti hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAM bakal mengambil tindakan terhadap pengadil berkenaan yang dikesan melakukan kesilapan dalam membuat keputusan.

PENGADIL perlawanan antara Sri Pahang dan Petaling Jaya City di Stadium Darul Makmur, Sabtu lalu, Muhammad Usaid Jamal menjadi pegawai perlawanan terbaharu yang bakal berdepan tindakan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ia berikutan Muhammad Usaid dikesan melakukan kesilapan ketika membenarkan jaringan penyamaan PJ City menerusi R Barathkumar dan keputusan itu adalah salah daripada segi undang-undang permainan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Penolong Setiausaha Agung FAM, Abang Zulkarnain Abang Abdurahman berkata, perkara tersebut disahkan selepas analisis rakaman video dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil semalam.

“Mengikut laporan daripada Penilai Pengadil, prestasi dan persembahan pengadil tersebut adalah baik di sepanjang perlawanan kecuali keputusan membenarkan gol tersebut pada minit ke-85.

“Selepas kita membuat penelitian menerusi rakaman video, memang keputusannya itu salah kerana gol tersebut dijaringkan dalam keadaan ofsaid iaitu pemain PJ City FC telah mengganggu pemain lawan dengan cara perlakuan yang jelas memberi impak terhadap kemampuan pihak lawan untuk memainkan bola.

“Hanya sekiranya pemain PJ City FC yang berkedudukan ofsaid itu tidak berada dalam laluan bola atau jauh daripada penglihatan penjaga gol lawan, maka ia tidak menjadi satu kesalahan ofsaid,” katanya.

Sebelum ini, badan induk bola sepak Malaysia itu turut mengakui yang pengadil perlawanan antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sri Pahang di Stadium Darul Aman, 6 April lalu, Mohd Hasrol Mohd Amir turut melakukan kesalahan dengan membatalkan jaringan skuad Tok Gajah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI