fbpx

Sekumpulan lelaki rancak main meriam buluh tepi jalan, undang kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sekumpulan lelaki sedang bermain meriam buluh.

PETALING JAYA – Sudah menjadi tradisi masyarakat kita apabila tiba sahaja bulan Ramadan dan Syawal, aktiviti bermain bunga api, mercun serta meriam sering dilakukan bersama saudara-mara mahupun rakan-rakan.

Bagaimanapun, menjadi persoalan pengguna media sosial sejak semalam adalah mengenai sebuah video yang memaparkan sekumpulan lelaki bermain meriam buluh berhampiran jalan raya.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Pockjack Store itu berkongsi kemeriahan dia dan rakan-rakannya bermain meriam buluh sambil mengisi aktiviti bersama pada malam Ramadan.

Namun, apa yang merisaukan orang ramai adalah lokasi mereka yang kurang sesuai untuk bermain mercun sebesar itu.

Malah, meriam buluh tersebut dihalakan ke arah jalan raya yang kebetulannya terdapat beberapa buah kenderaan melewati kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, sebuah portal Malaysia Most Viral di Twitter mengecam tindakan sekumpulan lelaki tersebut memandangkan perkara itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain terutamanya bunyi yang dihasilkan terlalu bising.

“Orang lalu-lalang situ, orang tua naik motor, terkejut boleh berlaku kemalangan dan kalau yang lalu itu ada sakit jantung, tak ke boleh meninggal.

“Pihak polis sila jalankan siasatan dan kutip orang ini,” ciapnya.

Selain itu, rata-rata orang ramai turut kurang senang dan menyelar tindakan mereka itu kerana merasakan bermain meriam di tepi jalan raya melibatkan kawasan laluan awam adalah berbahaya.

“Bahaya tu main tepi jalan, terperanjat orang yang lalu-lalang, takut kena tindakan tatatertib nanti, sekadar bagi nasihat,” komen seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI