fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di 10 negeri sehingga pukul 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan dilaman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Mekala.

Jelasnya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan beberapa kawasan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan serta Johor.

“Di Kedah melibatkan kawasan Langkawi, manakala di Pulau Pinang pula di Barat Daya dan Timur Laut.

“Bagi negeri Perak antara kawasan yang terjejas ialah di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya hari ini.

Tambahnya, cuaca buruk turut melibatkan kawasan di Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Selain itu di negeri Johor, antara kawasan yang terjejas ialah di Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

Jelas MetMalaysia lagi, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI