fbpx

Rasuah GLC: Eksekutif muda ditahan, bukan CEO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan individu yang ditahan berhubung siasatan kes rasuah melibatkan projek Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) adalah seorang eksekutif muda.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, dakwaan segelintir pihak bahawa salah seorang suspek ditahan bagi membantu siasatan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tidak benar sebaliknya merupakan eksekutif muda di syarikat terbabit.

“SPRM mengesahkan telah menahan sembilan individu sejak Jumaat lalu hingga hari ini bagi membantu siasatan isu rasuah berhubung projek di PCSB.

“Lapan lagi individu yang turut ditahan merupakan pemilik dan pegawai kanan syarikat-syarikat kontraktor serta vendor yang menjalankan projek berkaitan isu rasuah tersebut,” ujarnya.

Mengulas lanjut, siasatan itu merupakan hasil kerjasama serta perkongsian maklumat antara SPRM dan Petronas bagi membantu memperkukuhkan integriti di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan.

Terdahulu, akhbar melaporkan telah menahan reman lapan individu bagi membantu siasatan melibatkan projek milik syarikat GLC bernilai lebih RM2.3 bilion.

Lapan individu berkenaan dipercayai terlibat dalam kes rasuah melibatkan projek-projek milik sebuah GLC dengan anggaran nilai kontrak keseluruhan melebihi RM2.3 bilion antara tahun 2017 hingga 2021.

Kesemua suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan SPRM Sarawak kira-kira pukul 1.30 petang hingga 12.30 tengah kelmarin ketika hadir untuk memberi keterangan.

Perintah reman terhadap semua suspek berusia antara 35 hingga 45 tahun itu masing-masing dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya dan Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI