fbpx

Ramai kecoh kerana lirik dengarkanlah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lagu cover Cinta Sampai Mati nyanyian Raffar (kiri) turut dijadikan muzik latar oleh pengubah video tarian rancak sekumpulan pekerja Tealive (kanan).

Minggu lepas kecoh mengenai lirik lagu latar dengarkanlah, di sepanjang malam aku berdoa sehingga ia menjadi bahan usikan dalam kalangan pengguna media sosial.

Ada yang mengaku lirik itu melekat selama berhari-hari di dalam kepala dan tidak kurang juga menjadikannya bahan untuk ditulis di ruangan komen di laman-laman popular atau status rakan.

Sesetengah netizen pula menjadi fobia kerana menganggap pengulangan berterusan dengan menjadikan lagu itu sebagai bahan jenaka adalah sesuatu yang menjengkelkan. Rilekslah jangan serius sangat.

Kemuncaknya ialah apabila video sekumpulan anak muda pekerja Tealive membuat tarian rancak tetapi telah ditukar muziknya kepada lagu Cinta Sampai Mati dendangan pensohor YouTube Indonesia, Raffar Affar.

Lagu yang mengisahkan mengenai perpisahan pasangan kekasih itu menjadi tular selepas Raffar menjadikan lagu itu sebagai cover kandungan video sebelum dimuat naik di laman sosial.

“Perpisahan disebabkan kematian adalah perkara yang amat sakit dan menyedihkan buat kekasih.” Lebih kurang begitu mesej yang hendak disampaikan oleh penulis lirik dan penyanyinya.

Namun, bila sampai di Malaysia, macam biasalah netizennya memang cukup kreatif dan pandai dalam hal mengubah suai. Daripada serius terus bertukar lawak.

Orang kena tangkap tak puasa pun dipasang lagu itu, jatuh basikal, pergi bazar Ramadan, beli lauk di pasar, jumpa duit hatta sedang bermesyuarat pun digunanya lagu itu sebagai latar belakang.

Sebenarnya, kita boleh membahagikan pengguna laman sosial di Malaysia kepada beberapa kategori.

Pertama, lapar perhatian. Golongan ini sanggup membuat apa sahaja kandungan untuk menarik trafik dan penonton supaya dia terus dinobatkan sebagai raja pensohor media sosial atas alasan senang nanti hendak cari ‘job’ promosi produk.

Kedua, hanya baca tajuk. Pengguna laman sosial jenis ini terlalu ramai dan jadi kerja pula sebahagian netizen membalas komen untuk maklumkan apa isi sebenar sesuatu berita kerana sikap mereka yang malas untuk membaca.

Ketiga, kecam guna akaun palsu. Kalau dalam peperangan, netizen jenis ini dipanggil gerila kerana bersembunyi macam tikus selepas menyerang
bertubi-tubi.

Keempat, pembaca senyap. Walaupun jarang memberi komen tetapi mereka ini handal ketika berbicara mengenai sesuatu isu jika pergi ngeteh bersama.

Kelima, netizen acah-acah alim. Komen panjang, acah-acah insaf siap dengan dalil tetapi perkataan yang digunakan langsung tidak melambangkan dia seorang yang warak.

Apapun, dunia media sosial di Malaysia semakin berkembang dan ketika ini kita mempunyai lebih 28 juta pengguna yang menyamai 86 peratus penduduk.

Terserah kepada kita hendak menggunakannya untuk kebaikan atau sebaliknya kerana dunia tanpa sempadan hanya mengambil masa yang singkat untuk membuatkan anda popular. Contohnya Kak Long 7E.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI