fbpx

Pergerakan pulang besar-besaran sempena Aidilfitri bermula 30 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani (tengah) menyaksikan serah terima tugas jawatan Timbalan Pengarah KDNKA, Datuk Kasuahdi Ali (kiri) kepada DCP Muhammad Abdul Halim (kanan) di Briged Tengah PGA Cheras, di sini hari ini. /FOTO FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Pergerakan pulang ke kampung secara besar-besaran sempena cuti perayaan Aidilfitri tahun ini dijangka berlaku di seluruh negara bermula 30 April.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Sebanyak 10 peratus daripada 26,000 pegawai serta anggota PDRM bercuti manakala selebihnya akan diarahkan untuk bekerja bagi menghadapi sebarang kemungkinan ketika musim perayaan.

“Selain itu, pemantauan pematuhan SOP sepanjang lebuh raya serta kawasan yang kerap menjadi hotspot rehat dan rawat (R&R) akan dipertingkatkan bagi mengelak kesesakan,” ujarnya ketika Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jabatan KDNKA di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Komander Briged Tengah PGA, Deputi Komisioner Polis (DCP) Muhammad Abdul Halim menyerahkan tugas kepada Senior Asisten Komisioner (SAC) Zulkifli Jonit seterusnya menggalas tugas sebagai Timbalan Pengarah KDNKA baharu yang diserahkan Komisioner Polis (CP), Datuk Kasuahdi Ali.

Dalam pada itu, Hazani memaklumkan pengeluaran kompaun berkaitan pematuhan SOP sepanjang endemik dilihat berkurangan secara mendadak.

“Fasa peralihan endemik sejak 1 April lalu menunjukkan jumlah kompaun dikeluarkan berkurangan secara drastik.

“Jumlah itu hanya meningkat kelmarin yang mana sebanyak 183 kompaun dikeluarkan, ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia telah mula mematuhi SOP sempena peralihan ke fasa endemik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI