fbpx

Lelaki guna tangan bunuh singa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berkenaan dalam keadaan berdarah dan berbalut di serata bahagian badannya, dipercayai kesan daripada serangan singa tersebut. - @Rickykagino96/Twitter

KAMPALA, UGANDA – Seorang lelaki di Uganda dilaporkan membunuh seekor singa dengan tangannya sendiri sebelum memasak daging binatang buas itu untuk dimakan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan di laman Twitter menunjukkan sebuah lokasi  dalam keadaan berselerak selepas menjadi tempat lelaki berkenaan dan singa itu bertarung. Pertarungan maut berlaku  apabila  ‘Raja Rimba’ itu menceroboh masuk ke dalam rumah lelaki tersebut.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu berada keadaan berdarah dan berbalut di serata bahagian badannya, dipercayai kesan serangan haiwan tersebut.

“Seorang lelaki dari daerah Iganga,  timur Uganda merawat lukanya selepas bertarung dengan seekor singa yang ditemui dekat  rumahnya. Dia membunuh singa itu,” tulis seorang pengguna Twitter, Ricky Kagino.

Lokasi kejadian  bagaimanapun menjadi pertikaian kerana terdapat beberapa sumber online yang mendakwa,  ia berlaku di daerah Mpefu Kagadi.

Seorang lagi penggun Twitter,  Tewsige Judith kemudian memberikan komen dengan menyertakan lebih banyak gambar termasuk satu daripadanya memaparkan  kulit singa itu telah disiat.

“Ia berlaku di daerah Mpefu Kagadi dan kami memakan singa itu,” katanya.

Kejadian itu bagaimanapun turut menerima kecaman daripada sebilangan pengguna laman sosial yang menyifatkan tindakan membunuh singa itu adalah tidak wajar.

“Banyak haiwan diancam kepupusan, jadi mana-mana haiwan yang berkeliaran perlu ditangkap hidup-hidup, dikembalikan ke hutan atau diberikan kepada pihak zoo,” kata seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI