fbpx

KL antara 9 negeri diramal alami cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang dan Kuala Lumpur manakala beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

“Di Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak pula di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi negeri Pahang pula antara kawasan terjejas di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera sementara di Selangor di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” katanya hari ini.

Tambahnya, cuaca buruk turut berlaku di Negeri Sembilan di kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

“Di negeri Johor pula melibatkan kawasan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sarawak adalah di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” katanya.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI