PETALING JAYA – Ramai pengguna di laman sosial mempersoalkan sama ada jambul (balun) yang terletak di atas kepada ayam boleh di makan atau tidak.
Ia susulan perkongsian satu foto di laman sosial memaparkan sebuah pasar raya menjual jambul ayam yang telah siap dipaket pada harga RM1.99.
Memetik perkongsian pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz sebelum ini memaklumkan, kepala ayam boleh dimakan kerana ia bukannya najis.
Bagaimanapun katanya, ia perlu dibersihkan dan dibuang bulu terlebih dulu.
Jelas Hassan lagi, sama seperti kepala ikan bahagian kepala ayam boleh dimakan asalkan haiwan itu disembelih dan bukannya dilanggar selain dimasak dengan cara betul.
Susulan perkongsian gambar tular itu, pelbagai komen yang telah ditinggalkan pengguna di laman sosial berkenaan resepi jambul ayam itu.
“Harap Khairul Aming dapat selitkan dalam resepi 30 hari 30 resepi dalam bulan ramadan nanti,” tulis Nuh Aisy.
“Celup tepung sedap juga, cuba untuk juadah buka puasa nanti,” komen Amirol Yaacob.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi penguna dikenali sebagai Simah Dahlan.
“Masa kecik-kecik mak masak kari kepala ayam jantan, tapi tak sorang pun yang makan semua takut,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE