fbpx

Cuaca buruk di Pantai Barat Semenanjung dan tiga negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca hujan melibatkan beberapa kawasan di negeri Pahang, sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pagi ini.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di YouTube hari ini memberitahu, keadaan cuaca tidak menentu itu dijangka kembali reda dalam masa satu hingga dua jam sahaja lagi.

“Sementara itu, cuaca hujan di beberapa kawasan di kawasan pedalaman dan pantai Barat Sabah manakala bagi negeri Sarawak pula ketika ini hujan lebih tertumpu di bahagian Barat.

“Namun yang demikian, cuaca hujan itu dijangka akan kembali reda sekejap sahaja lagi,” katanya hari ini.

Sementara itu, tambahnya, MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca hujan boleh berlaku melibatkan kawasan di sekitar pendalaman dan juga satu dua tempat di Pantai Timur Semenenanjung Malaysia.

“Selain itu, hujan dijangka berlaku di sekitar kawasan Pantai Barat negeri Sabah manakala bagi negeri Sarawak di bahagian pendalaman Sarawak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI