fbpx

Britain sumbang peluru berpandu kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHNSON (kiri) dan Zelenskyy (kanan) dirakam berjalan di sekitar Kiev, kelmarin. – AFP

LONDON – Britain akan menghantar peluru berpandu anti kapal yang berupaya meletupkan Armada Laut Hitam Rusia yang menyerang tentera Ukraine, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Keputusan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Boris Johnson bertemu dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di bandar raya Kiev.

Menurut sumber, Britain akan menghantar peluru berpandu Harpoon yang boleh meletupkan kapal perang pada jarak lebih 128.7 kilometer. 

Selain itu, sebanyak 120 kereta perisai termasuk kenderaan pengangkut berperisai yang dikenali sebagai Spartan juga akan disumbangkan. Kenderaan-kenderaan itu mula digunakan pada 1978 dan sepatutnya ditamatkan perkhidmatannya. 

Antara peralatan lain adalah kenderaan pengangkut berperisai Mastiff, Husky dan Wolfhound yang direka untuk melindungi tentera daripada Alat Letupan Improvisasi.

Dalam pada itu, Johnson turut menjanjikan bantuan ketenteraan dari Britain bernilai £100 juta (RM549.6 juta) termasuk senjata anti kereta kebal dan anti pesawat serta dron pembunuh.

Johnson turut berikrar untuk membekalkan Ukraine dengan senjata, teknologi dan khidmat perisikan untuk memastikan bahawa ‘Putin gagal sepenuhnya’. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI