fbpx

Bekas pengarah urusan didakwa cekau duit RM8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bekas pengarah urusan ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat (IT) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai hampir RM8 juta.

Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Johor ketika hadir memberi keterangan.

Difahamkan, suspek didakwa telah mengemukakan tuntutan berkenaan kepada sebuah syarikat lain bagi kerja-kerja melibatkan penggantian barangan IT pada tahun 2016.

Ketika kejadian tersebut, suspek masih memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias yang dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan dan memberitahu kes akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Bagaimanapun suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI