fbpx

Amirudin bertanding Naib Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tiga kanan) selepas mengumumkan bertanding Naib Presiden bagi pemilihan PKR

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan bertanding jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti itu kali ini.

Amirudin ketika mengumumkan perkara itu berkata, penyertaannya dalam rebutan jawatan tersebut selepas perbincangan dengan semua pihak terutamanya pimpinan-pimpinan Selangor serta pertemuan dengan pimpinan utama termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau percaya PKR adalah platform paling tepat untuk menyatukan rakyat pelbagai latar belakang.

“Pemilihan kali ini harus berlandaskan perjuangan idea, nilai, dan visi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Justeru secara rasmi pada hari ini saya akan menyertai pertandingan dalam Keadilan bagi jawatan Naib Presiden,” katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya, hari ini.

Difahamkan, seramai 15 pemimpin lain dalam PKR akan bertanding Naib Presiden seperti Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI