fbpx

2 pemandu Toyota Hilux ditahan cuba seludup diesel, petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah Toyota Hilux yang ditahan semasa sedang mengisi diesel dan petrol di dua buah stesen minyak di Gua Musang hari ini. /FOTO IHSAN KPDNHEP

GUA MUSANG – Cubaan dua lelaki untuk menyeludup minyak diesel dan petrol menggunakan dua buah kenderaan pacuan empat roda ke negara jiran gagal apabila mereka ditahan di dua stesen minyak berasingan di sini hari ini.

Serbuan itu dijalankan kira-kira pukul 8.30 pagi oleh Pegawai Penguat Kuasa, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Gua Musang.

Ketua Pegawai KPDNHEP Gua Musang, Mohd. Koma Shapii berkata, tiga pegawainya melakukan pemantauan dan mendapati dua pemandu kenderaan jenis Toyota Hilux itu sedang mengisi bahan api jenis diesel dan petrol di stesen tersebut.

Katanya, kedua-dua lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai mengisi diesel dan petrol ke dalam tong simpanan yang berada di dalam kenderaan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, tangki kenderaan terbabit tidak mempunyai permit khas KPDNHEP selain terdapat 400 liter minyak diesel dan 30 liter minyak petrol.

“Selain dua jenis bahan api itu, kita turut menyita dua buah Toyota Hilux itu dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM51, 000,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua individu itu dibawa ke pejabat KPDNHEP Gua Musang untuk diambil keterangan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI