fbpx

Wanita kuat, Nana jadi contoh ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NANA bersama anak tunggalnya, Rayyan hasil perkahwinan dengan bekas suami, Allahyarham Faizal Yusof.

BERSTATUS ibu tunggal membesarkan seorang anak lelaki seorang diri bukan perkara yang mudah untuk dilakukan.

Perkara tersebut dikagumi para peminat terhadap Siti Nordiana atau Nana dalam membesarkan anak lelakinya, Rayyan selama ini. Kata netizen, sikap Nana yang tidak pernah berkongsi kedukaannya atau menjaja kisah kehidupan bersama Rayyan demi meraih simpati ramai harus dipuji.

Tidak cukup dengan itu, ramai yang mendoakan agar Nana sentiasa diberi kekuatan dalam membesarkan seorang anak lelaki yang semakin meningkat usianya.

“Nana patut dijadikan contoh ibu tunggal. Dia tak pernah meraih simpati ramai dengan statusnya.

“Harap Rayyan dapat jaga ibunya seperti mana Nana lakukan terhadapnya sejak kecil,” komen netizen.

Alahai sebak pula hati baca komen-komen netizen. Semuanya gara-gara membaca komen sebuah video memaparkan Nana membeli barangan keperluan sekolah Rayyan.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Nana dan Rayyan.

DIVA: Terkejut baca tentang sengketa yang masih belum tamat antara seorang pelakon wanita dengan bekas madunya. Ingatkan sudah bermaaf-maafan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI