fbpx

Ular sawa 50kg ditangkap bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang enam meter di Kampung Ulu Lenggong pagi tadi.

LENGGONG – Seekor ular sawa sepanjang enam meter dengan berat dianggarkan 50 kilogram berjaya ditangkap bomba di Kampung Ulu Lenggong di sini.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan reptilia itu pada pukul 9.30 pagi.

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong dihantar ke lokasi tersebut.

“Setiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati seekor ular sawa berada pada pintu masuk Empangan Sungai Ulu Lenggong.

“Operasi menangkap ular sepanjang enam meter itu melibatkan lima anggota menggunakan tali penjerut sebelum reptilia itu dapat ditewaskan,” ujar jurucakap itu.

Haiwan tersebut kemudian diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai PBK II Rahim Manan itu tamat sepenuhnya pada pukul 10.11 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI