fbpx

Seorang dicekup, enam masih diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam banduan yang masih diburu polis susulan melarikan diri petang tadi ketika dalam tahanan reman mahkamah di Penjara Jelebu. - IHSAN POLIS

JELEBU – Polis kini sedang memburu enam lagi banduan yang dilaporkan melarikan diri petang tadi ketika dalam tahanan reman mahkamah di Penjara Jelebu.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, pada pukul 3 petang, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, telah menerima makluman berkenaan tujuh banduan melarikan diri dan melancarkan operasi mengesan dan menangkap banduan tersebut dengan bantuan Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Penjara Jelebu.

Menurutnya, sehingga pukul 7 malam tadi, seorang banduan bernama Sohaimi Khalid, 50, telah berjaya ditangkap semula di kawasan kebun sawit, Kongkoi berjarak kira-kira dua kilometer (km) daripada Penjara Jelebu.

“Manakala, enam lagi senarai banduan yang dikehendaki ialah Mazlan Samah, 39, beralamat di Felcra Ramian China, Lubuk China , Melaka; Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28, beralamat di Taman Desa Rhu Sikamat dan Shazuan Md Sharif, 32 beralamat di Felda Pasoh 1.

“Tiga lagi ialah, Mohd Zairizan Zainal, 42, beralamat di Felcra Bukit Sedanan, Selandar, Melaka; Muhammad Syafiq Rohmat, 32, beralamat Felda Pasoh 2 dan seorang bukan warganegara, Zainuddin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis mengalu-alukan sebarang maklumat orang awam bagi membantu pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Jelebu di mana –mana talian iaitu IPD Jelebu 066136222 atau Bilik Gerakan Jelebu 066137999. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI