fbpx

Roti john ‘hangit’, siap bungkus tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bachik berkongsi rupa roti john yang dibelinya ketika mengunjungi bazar Ramadan semalam.

PETALING JAYA – Masih terdapat segelintir peniaga di bazar Ramadan tidak menitikberatkan tentang kualiti makanan yang dijual.

Terbaharu, seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Bachik Sofian, dia menunjukkan rupa roti john hangit yang dibelinya di bazar Ramadan semalam sehingga mengecewakannya.

Menurutnya, roti john tersebut telah siap dibungkus oleh peniaga dan terus diserahkan kepadanya.

Alangkah terkejutnya pengguna tersebut, apabila melihatkan hasilnya sebegitu rupa ketika ingin menikmatinya sewaktu berbuka puasa.

Sehubungan itu, Bachik turut berpesan kepada orang ramai agar berhati-hati ketika membeli makanan di bazar Ramadan terutamanya yang telah siap dibungkus.

“Beringatlah kalau nak beli roti joh yang dah siap dibungkus,” pesannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan pelbagai reaksi susulan daripada perkongsian tersebut.

“Alahai, roti john hangit dijualnya, tak akan peniaga tak perasan roti dah rupa macam itu, sampai hati jual pada pelanggan yang puasa dan teringin nak makan, ini pasti rasa pun agak pahit kalau hitam macam itu,” kata Mad Din.

“Ini la contoh peniaga tak jujur, selalu ada sahaja kes peniaga jual makanan basi, rosak dan macam-macam lagi, meniaga la dengan hati ikhlas, bukan untung semata-mata,” luah Halim.

Selain itu, seorang pengguna, Norlie Shazwani sempat berseloroh mengatakan roti john tersebut mempunyai perisa tambahan kerana rupa rotinya yang kehitaman.

“Roti john berperisa coklat mungkin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI