SEJAK bergandingan dalam beberapa buah drama seperti Ayahanda dan Kerana Dia Suka, ramai yang suka melihat keserasian antara Rita Nadira dengan Fikry Ibrahim.
Tidak kekok bersama dan sangat secocok. Itu antara reaksi peminat drama-drama lakonan mereka.
Rita beberapa hari lalu sempat mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video Fikry dalam akaun TikToknya.
“Ini ke bakal suami Wardina (nama watak Rita)? Lentok lain macam, takut!” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Seperti mengantuk dihulurkan bantal, netizen pun apa lagi, laju sajalah menulis komen-komen mengundang doa perihal jodoh buat mereka.
“Teringin nak tengok perkahwinan yang sebenar,” komen netizen.
“Mereka ini selalu berlakon bersama, sesuai sangat dah, sepadan,” puji pengguna TikTok.
Bak kata netizen, wajah mereka berdua memang ada iras dan manis.
Kadang-kadang doa begitu, kita aminkan sahaja. Perkara baik tetapi jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Macam ustazah pula Diva!
DIVA: Sebelum ini pun Fikry pernah mengakui rapat dan selesa berkawan dengan Rita. Jika ada jodoh memang tak ke mana!