fbpx

Media Korea Utara label Joe Biden ‘nyanyuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un melawat tapak pembinaan di Pyongyang pada 17 Mac 2020. - Getty

PYONGYANG – Media tempatan Korea Utara menggelar Presiden Joe Biden sebagai ‘nyanyuk’ dan menghidapi ‘masalah intelektual’, lapor laman berita RT semalam.

“Sekatan AS ke atas Rusia akan menimbulkan kesan yang tidak diingini dengan Washington menjadi yang terakhir kecundang di pentas dunia.

“Dengan menuduh Moscow melakukan jenayah perang di Ukraine, AS cuba memfitnah Rusia dan mencapai ‘kejatuhan rejim’. Ini menunjukkan bahawa pihak yang bersalah akan membuat tuduhan terlebih dahulu dahulu,” demikian kenyataan daripada artikel oleh agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA.

Dalam pada itu, artikel tersebut juga menuduh AS melakukan pembunuhan tanpa belas kasihan ke atas berjuta-juta orang awam yang tidak bersalah di Afghanistan, Iraq dan Yugoslavia.

Baru-baru ini, Kiev dan penyokong-penyokong Baratnya telah menuduh Rusia melakukan ‘jenayah perang’ apabila tentera Kremlin dikatakan membunuh ramai orang awam di bandar Bucha.

Moscow menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu sebaliknya mendakwa bukti itu dimanipulasi oleh Ukraine sebagai sebahagian daripada kempen propaganda. Kremlin telah meminta siasatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai insiden itu.

Biden selain itu turut menggelar Putin sebagai penjenayah perang yang tidak boleh kekal berkuasa walaupun sebelum insiden di Bucha berlaku. 

“Menggelar seorang ketua negara sebagai penjenayah perang tanpa alasan wajar dan disahkan adalah satu penghinaan kepada negara lain serta pelanggaran kedaulatan yang jelas,” tulis artikel itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI