fbpx

MBI sumbang RM100,000 bantu anak yatim, keluarga asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi Baharin (tiga dari kiri) menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa di Hotel M Roof, Ipoh semalam.

IPOH – Sebanyak RM100,000 diperuntukkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi melaksanakan pelbagai program mengimarahkan sepanjang bulan Ramadan.

Antaranya melibatkan program berbuka puasa di masjid-masjid dan surau serta bantuan kepada asnaf.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sebanyak 16 masjid dan surau dalam bandaraya itu akan menerima sumbangan RM3,000 bagi penganjuran berbuka puasa.

Menurut beliau, manakala sebanyak RM16,000 diperuntukkan untuk sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf.

“Lima program membantu anak-anak yatim telah dirancang dengan kerjasama rakan strategik membabitkan lebih RM40,000.

“Turut dibantu ialah keluarga asnaf dalam bandaraya Ipoh menerusi sumbangan tunai RM100 setiap keluarga menjelang hari raya nanti bagi meringankan beban mereka meraikan Aidilfitri,” ujarnya.

Beliau ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim di Hotel M Roof di sini semalam.

Majlis anjuran MBI dan Hotel M Roof dengan kerjasama pasaraya Econsave serta Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI