fbpx

Mayat warga asing ditemui dalam kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki warga asing dipercayai telah mati selama seminggu di kondominium sekitar Wangsa Maju.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dalam sebuah unit kondominium ekoran bau busuk berterusan selama beberapa hari di Jalan Taman Ibu Kota Setapak, Wangsa Maju, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 1.32 tengah hari.

“Susulan itu sepasukan polis bersama anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan menemui lelaki berusia 50 tahun terbabit.

“Mangsa telah disahkan mati oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur l bertugas yang turut berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal seorang diri di unit residensi itu dan telah meninggal dunia lebih kurang seminggu.

Katanya, polis telah mendapatkan bantuan Unit Forensik untuk menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian.

“Tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI