fbpx

Kepekatan gas metana dalam udara membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tahap kepekatan gas metana dalam udara Bumi meningkat pada 2021 bagi tahun kedua berturut-turut. - EDF

WASHINGTON – Data kerajaan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa kepekatan gas metana di ruang udara Bumi kini semakin meningkat, lapor laman berita Wionews.

Peningkatan dalam kepekatan gas rumah hijau itu berlaku untuk tahun kedua berturut-turut dan mencetuskan kebimbangan kesan lebih buruk berlaku terhadap perubahan iklim.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) mendapati kehadiran gas metana telah meningkat sebanyak 17 bahagian per bilion (ppb) dalam  atmosfera pada 2021.

Ini merupakan kenaikan tahunan terbesar yang direkodkan sejak ukuran ketumpatan metana  bermula pada 1983. Rekod kenaikan sebelum ini adalah 15.3 ppb pada 2020.

“Data kami menunjukkan bahawa pelepasan emisi global terus bergerak ke arah yang salah pada kadar yang pantas. Buktinya konsisten, membimbangkan dan tidak boleh dinafikan,” kata pentadbir NOAA, Rick Spinrad.

Saintis atmosfera NOAA dari Universiti Colorado, Lindsay Lan memberitahu, paras metana  semasa adalah  lebih dua kali ganda lebih tinggi berbanding paras ear sebelum industri iaitu 720 bahagian per bilion.

Gas metana adalah k 25 kali lebih kuat daripada karbon dioksida dalam memerangkap haba tetapi ia hanya bertahan sembilan tahun di udara dan bukan beribu-ribu tahun seperti karbon dioksida.

Penyelidik metana Universiti Cornell, Robert Howarth turut meluahkan rasa bimbang mengenai kewujudan trend peningkatan pelepasan gas metana ke udara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI