fbpx

Individu kesembilan ditahan skandal rasuah projek GLC RM2.3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPRM menahan suspek kesembilan berkaitan skandal projek bernilai RM2.3 bilion di Bintulu.

PETALING JAYA – Seorang lelaki menjadi individu kesembilan yang ditahan berhubung siasatan kes rasuah melibatkan projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai lebih RM2.3 bilion.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, tangkapan ke atas suspek yang berusia dalam lingku­ngan 50-an itu dibuat di Bintulu, Sarawak kelmarin.

“Suspek yang merupakan pemilik sebuah syarikat kontraktor kemudian dibawa ke Mahkamah Bintulu bagi mendapatkan pe­rintah reman dan dibenarkan direman selama lima hari bermula hari ini (semalam).

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kakitangan GLC yang ditahan dipercayai menerima komisen sebanyak 50 peratus daripada projek tersebut.

Jelas beliau, pegawai itu me­ngendalikan projek penyelenggaraan dengan menetapkan syarat pesanan pembelian kepada syarikat luar agar dikongsi bersama syarikat kedua untuk kepen­tingan sendiri.

“Rasuah itu diambil daripada syarikat kedua dipercayai rakannya melalui kontraktor yang mana pegawai terbabit berkongsi keuntungan bersih sebanyak 50 peratus.

“Jumlah suapan yang dite­rima oleh kakitangan GLC itu bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan lapan individu direman bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek milik syarikat GLC bernilai lebih RM2.3 bilion pada 2017 hingga 2021.

Mereka yang ditahan dan berusia 35 hingga 45 tahun itu terdiri da­ripada ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pegawai eksekutif, pengarah dan pemilik syarikat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI