PETALING JAYA – Jika anda perasan ketika ‘scroll’ laman sosial terutamanya Facebook atau TikTok, lagu Cinta Sampai Mati memang menjadi pilihan.
Bait lagu yang dinyanyikan penyanyi dari Indonesia, Raffa Affar sering sahaja didengari bila sahaja laman media sosial dibuka.
Rangkap lagu “dengarkanlah.. disepanjang hayat aku berdoa” seperti terngiang-ngiang di telinga setiap hari.
Rata-rata orang ramai turut berpendapat bahawa sudah jemu mendengar bait lagu terbabit, namun masih lagi menjadi pilihan orang ramai.
“Aku dah mula menyampah dengar lagu ni, video mat rempit pun pakai lagu ni, video masak nasi lemak pun dengar lagu ni.
“Nak tak dengar pun memang kita selalu buka media sosial, layan sahajalah,” jelas Cikgu Ajis.
“Awal-awal dulu ye lah menarik juga lagu ni tapi kalau dah hari-hari jadi haru pula, buka sahaja dengarkan lah, dengarkan lah.
“Nak marah pun tak guna, tapi tolong lah cari lagu lain pula,” jelas Fidaus Pida Dua. – KOSMO! ONLINE.