PETALING JAYA – Gelagat seorang penyimpan bagasi menggosok perut sambil memindahkan puluhan kotak roti gardenia ke kabin pesawat yang tular mencuit hati orang ramai.
Menerusi video berdurasi 17 saat itu, lelaki berkenaan dilihat menghidu bungkusan roti berkenaan seolah-olah memaparkan dirinya sedang menahan lapar.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati netizen turut terhibur dengan aksi pemuda berkenaan.
“Oh gardenia, sungguh enak dihidu begitu saja,” tulis Muhammad Anis.
“Masih berhajat nak intai lagi ye selepas dah menghidu bau roti itu,” kata Rheona.
“Cara dia gosok perut tu, aduh,” kata seorang pengguna Facebook.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar video berkenaan. – KOSMO! ONLINE