fbpx

Demam Babi Afrika: Kaedah pelupusan babi diputuskan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH ladang babi yang ditutup dan dikawal pihak berkuasa susulan berlakunya jangkitan wabak ASF di Kampung Baru Site A, Tanah Merah, Lukut, Port Dickson.

PORT DICKSON – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Sembilan akan memutuskan kaedah untuk melupuskan kesemua babi di ladang yang dijangkiti wabak Demam Babi Afrika (ASF) esok.

Pengarahnya, Dr. Redzuan Ibrahim berkata, ia termasuk mengambil kira kaedah yang pernah digunakan bagi melupuskan kira-kira 16,000 ekor babi daripada 19 buah ladang di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka yang turut diserang wabak yang sama pada Januari lalu.

“Kami akan membincangkan kaedah yang sesuai untuk pelupusan babi yang dijangkiti virus berkenaan petang esok. Ia akan mengambil kira pelbagai aspek supaya tidak menyiksa atau menimbulkan kegusaran daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pada masa yang sama, pihak JPV Negeri Sembilan juga memantau di depan ladang haram berkenaan selama 24 jam bagi mengelakkan kemasukan orang, kenderaan, motosikal atau apa-apa kenderaan yang boleh membawa virus tersebut. Disebabkan itu, kami mengawal ketat depan pintu pagar ladang ladang tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan, Negeri Sembilan mencatatkan kes wabak ASF selepas apabila ia sah berlaku di Kampung Baru Site A, Tanah Merah, Lukut, Port Dickson.

Dua kes positif itu disahkan telah menjangkiti babi di sebuah ladang yang tidak berlesen dan dipercayai dibawa dari Perak.

Dalam pada itu, Redzuan menasihatkan peternak agar berhati-hati sekiranya ada pihak yang cuba menjual babi di bawah harga pasaran.

“Saya memohon kepada mana-mana penternak yang mendapat harga di bawah harga pasaran dan tidak mempunyai sijil kesihatan yang sah agar berhati-hati.

“Kemungkinan harga juga akan turun dalam masa terdekat ini. Harga pasaran bagi babi yang siap disembelih adalah RM13 sekilogram manakala babi hidup pula sebanyak RM11 sekilogram,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI