fbpx

Cuaca cerah hampir di semua negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca adalah cerah di semua negeri Semenanjung pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, keadaan cuaca dilihat berbeza bagi beberapa kawasan di negeri Sarawak dan Sabah.

“Di Kapit, Sarawak keadaan hujan lebat serta ribut petir sedang berlaku pagi ini, namun dijangka reda kejap sahaja lagi.

“Selain itu, di Sabah, beberapa kawasan dilaporkan mengalami cuaca buruk yang sama pada sebelah pagi,” katanya di sini hari ini.

Jelas MetMalaysia, antara kawasan yang terlibat di negeri tersebut adalah Tawau (Tawau, Kunak, Semporna) dan Sandakan (Beluran).

Sementara itu, dalam laporan lain, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan beberapa kawasan di Sabah, Sarawak serta keseluruhan Labun hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI