fbpx

Cecair kit ujian Covid-19 boleh menyebabkan mata buta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BANGKOK – Pusat Antiberita Palsu Thailand menyiasat dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa larutan kimia pada kit ujian antigen Covid-19 (ATK) boleh menyebabkan mata manusia menjadi buta dan mengesahkan dakwaan itu benar, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Jabatan Sains Perubatan memaklumkan, larutan natrium azida sebenarnya digunakan untuk mengesan asid ribonukleik (RNA) Covid-19. Namun, jika disalahgunakan, cecair itu boleh menyebabkan mata menjadi buta dan kulit gatal.

Larutan itu juga boleh membawa maut jika diminum bergantung kepada jumlah isipadunya. Jika terkena kulit atau mata, jabatan itu mencadangkan agar individu berkenaan segera mencucinya menggunakan air bersih dan bertemu doktor jika kerengsaan berterusan.

Pusat Antiberita Palsu Thailand sebelum ini pernah menerima dakwaan tidak berasas di media sosial mengenai Covid-19 dan prosedur ujian standard.

Bulan lalu, pusat itu menafikan laporan yang dibuat di media sosial bahawa calitan hidung yang dalam boleh merosakkan saraf bau manusia dan menjadikannya tidak berguna.

Jabatan Perkhidmatan Perubatan menyatakan, walaupun calitan jauh ke dalam  hidung sebenarnya boleh menyentuh saraf deria hidung,  ia tidak merosakkannya. 

Tiada bukti menunjukkan bahawa ujian calitan tersebut boleh menyebabkan manusia kehilangan deria bau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI