fbpx

Betulkan niat, mati tak kenal masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiap yang hidup akan mati, beringatlah dan sentiasa beri manfaat kepada orang lain. – Gambar hiasan

PADA Khamis lalu, seorang kakitangan RichWorks meninggal dunia.

Berusia 52 tahun, beliau meninggal dunia dalam bulan mulia ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Mohd. Isamani Mohamed.

Kejadian ini memberikan kesedaran dan pengajaran buat saya dan semua ahli keluarga RichWorks, malah kepada anda juga bahawa kematian boleh terjadi pada bila-bila masa.

Tiada sesiapa di sini boleh kata mereka akan masih hidup pada esok hari.

Sebab itulah, kita perlu menggunakan masa yang masih ada ini dengan sebaik-baiknya.

Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain,” (HR Ibn Hibban).

Berdasarkan hadis ini, mereka dimuliakan Allah SWT ialah manusia yang sentiasa berbuat kebaikan dan memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya.

Hadis ini menjadi perjuangan saya dan RichWorks untuk memberikan sebanyak mungkin manfaat kepada bangsa usahawan, termasuk orang ramai yang memerlukan.

Jangan ambil ‘kerja’ hanya sebagai kerja

Faham tak apa saya maksudkan? Jika anda sebagai founder ataupun sebagai dropship mahupun pekerja, jangan lakukannya sekadar kerja.

Bukankah lebih baik, jika ia dilakukan dengan niat untuk memberikan sesuatu manfaat kepada orang lain dalam apa jua kerja yang kita lakukan?

Apatah lagi sebagai usahawan mahupun pekerja, bila niat kita betul untuk beri nilai, insya-Allah akan diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Meskipun bukan mudah untuk memberikan nilai kepada orang lain, kita juga perlu dan faham bahawa dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangannya.

Setiap orang pasti ada kesusahan dan cabaran masing-masing dalam apa saja yang dilakukan.

Seperti ketika sesi 1 on 1 saya bersama ahli Titanium sekitar 300 usahawan jutawan, saya perlu mendengar dan membantu menyelesaikan permasalahan atau memberikan panduan untuk mereka dapat terus kembangkan bisnes ke tahap lebih tinggi.

Dari pagi hingga ke petang setiap hari, memberikan bimbingan khusus kepada usahawan dari pelbagai industri mengikut situasi bisnes mereka.

Bagaimana saya dapat melakukannya?

Saya letakkan niat yang betul dan ia merupakan passion saya untuk melihat perubahan serta metamorfosis seseorang usahawan dari satu tahap ke tahap yang lebih baik.

Pemulihan ekonomi

Alhamdulillah bila bermulanya fasa peralihan ke endemik pada 1 April lalu, kita dapat melihat negara mula menerima kehadiran pelancong luar negara, malah ramai warga kita akhirnya dapat kembali dari Singapura.

Saya sangat gembira bila balik dari Jakarta baru-baru ini, lihat sangat ramai orang nak masuk ke Malaysia.

Itu tandanya pemulihan sedang berlaku, namun ia tak bermakna ekonomi akan pulih serta-merta.

Ia akan ambil masa dan persoalannya adakah anda sebagai usahawan juga nak ‘ambil masa’ bagi tingkatkan bisnes masing-masing ketika ini?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI