fbpx

Belia, pelajar IPT layak boleh daftar ePemula mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak boleh mendaftar untuk program e-tunai iaitu ePemula bermula esok.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula akan bermula esok sehingga 1 Jun depan.

“Kredit ePemula serta manfaat padanan dari penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022,” katanya hari ini.

Di bawah Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan RM300 juta bagi e-tunai bernilai RM150 di bawah program ePemula untuk belia 18 sehingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di IPT tempatan yang layak.

Selain RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk cashback, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh program itu.

Program ePemula terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada 2022 iaitu lahir pada 2002 hingga 2004 selain dibuka kepada pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia 4 dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar.

Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai ePemula serta inisiatif lain yang memanfaatkan golongan belia, layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/epemula.html.

Bagi pelbagai manfaat lain khusus untuk belia, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI