fbpx

Banduan pakai lampin mahu dianggap sebagai bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIE Eastwood yang memakan ubat penghalang pengeluaran hormon testosterone untuk menjadi wanita kini mahu dianggap sebagai seorang bayi. – Daily Record

LONDON – Seorang banduan transgender di Scotland yang menerima hukuman penjara seumur hidup dilaporkan bermain dengan anak patung di sebalik jeriji besi dan mendapat makanan yang dikisar selepas meminta diperlakukan seperti seorang bayi, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Sophie Eastwood, 36, dijatuhi hukuman seumur hidup pada 2004 selepas dia menggunakan tali kasut untuk menjerut rakan selnya.

Banduan itu kini memaklumkan gabenor penjara Polmont, tempat dia ditahan bahawa dia ingin dilayan seperti seorang bayi termasuk memakai lampin dan memakan makanan yang dikisar seperti makanan bayi.

Eastwood juga meminta pegawai penjara untuk memegang tangannya ketika dia dibawa keluar dari selnya.

Ketua-ketua penjara tersebut difahamkan memandang serius akan tuntutan itu serta memikirkan protokol yang boleh diwujudkan untuk berurusan dengan banduan berkenaan.

“Banduan tersebut sukar dikawal dan memanipulatif selama ini yang menjadi sebab dia masih berada di dalam dalam penjara selepas 17 tahun. Perkhidmatan Penjara Scotland jelas tidak mempunyai protokol untuk menguruskan banduan yang memutuskan bahawa mereka ialah bayi,’’ jelas seorang sumber.

Eastwood dipenjarakan pada 2004 kerana memandu secara berbahaya. Sebulan sebelum dibebaskan, dia mencekik rakan selnya, Paul Algie, 22, pada tahun yang sama. 

Eastwood berkata, ketika menyertai sesi psikologi pada 2016, dia menyedari bahawa dia bukan seorang lelaki homoseksual, sebaliknya merupakan seorang wanita. Dia juga mengambil ubat yang menghalang pengeluaran hormon testosteron.

Dia telah hidup sebagai wanita di penjara selama empat tahun dan menamatkan tempoh minimum penjara 15 tahun pada 2019. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI