fbpx

Anis mahu takluk Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIS AMILA

GADIS Pesona Ahad minggu ini, Anis Amila Mohd. Roseli atau lebih mesra disapa Anis merupakan seorang individu yang berperwatakan ceria dan mesra dengan sesiapa sahaja.

Di sebalik personaliti itu, gadis kelahiran Machang, Kelantan berusia 23 tahun tersebut sebenarnya berhati-hati dalam perhubungan terutama rakan-rakan yang mempunyai sikap yang tidak elok antaranya mementingkan diri sendiri.

Pemegang Diploma Kosmetologi (Seni Kecantikan), Kolej Vokasional Tanah Merah itu sentiasa positif dan mahu mengorak langkah dengan membuka salun kecantikan sendiri kerana minatnya yang mendalam dalam bidang dandanan rambut dan penjagaan muka.

Impian itu yakin dicapai ke­rana Anis memiliki sijil dan penga­laman dalam bidang dandanan. Gadis itu menjalankan khidmat mendandan rambut dari rumah ke rumah yang menjadi sumber rezekinya ketika ini.

Kepada Kosmo! Ahad, bekas pekerja kecantikan di sebuah salun di Gombak, Selangor dan Johor Bahru ini berkongsi serba sedikit mengenai dirinya dan hala tuju hidupnya.

Kosmo! Ahad: Apa perancangan hidup Anis sekarang?
Anis: Saya baru pulang ke Machang selepas berhenti kerja di sebuah spa di Johor Bahru. Saya bercadang untuk membuka salun sendiri tidak lama lagi dan segala perancangan ke arah itu sedang giat dilakukan.

Siapa yang mendorong membuka perniagaan pada usia yang agak muda?
Sudah tentu ibu bapa saya. Mereka banyak memberi doro­ngan agar impian anak-anak dapat merealisasikan, malah menghargai setiap idea saya.

ANIS AMILA elak kawan toksik.

Agak-agaknya bila salun itu akan mula beroperasi?
Insya-Allah, selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Ketika ini, saya banyak menerima tempahan mendandan rambut dari rumah ke rumah. Alhamdulillah, ramai wanita di sekitar Machang menggunakan khidmat saya dan mereka berpuas hati.

Boleh ceritakan pengalaman Anis berdepan rakan toksik?
Saya mudah bergaul dengan semua orang. Bagi saya rakan toksik adalah individu yang tidak mengenang jasa dan mementingkan diri sendiri. Ada yang merasakan saya sebagai ancaman untuk mereka berjaya. Jadi, saya mahu elakkan rakan seperti ini.

Ada haiwan peliharaan?
Saya baru berjinak-jinak memelihara kucing di rumah. Ia meru­pakan salah satu terapi setelah penat bekerja seharian. Saya cuba menyesuaikan diri menjaga haiwan ini. Haiwan yang paling saya takuti adalah katak lebih-lebih pernah melompat ke atas badan dan muka saya beberapa tahun lalu. Ketika itu, saya rasa seperti mahu pengsan kerana ketakutan.

Memasuki bulan puasa, apakah juadah pilihan Anis?
Sebagai anak jati Kelantan sudah tentu akok menjadi pilihan utama. Akok di Kelantan tidak sama seperti di negeri-negeri lain kerana lebih lemak dan menepati cita rasa saya.

Harapan Anis untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini?
Saya berharap sam­butan Syawal tahun ini lebih meriah kerana sudah dua tahun kita tidak dapat berkumpul bersama keluarga disebabkan pe­rintah sekatan. Tidak sabar untuk melaram baju raya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI