fbpx

Anak menangis terlalu rindukan Shuk Sahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri pelawak, Shuk iaitu Sera berkongsi video di TikTok anak bongsu mereka, Aimi menangis teresak-esak kerana terlalu rindukan kelibat bapanya.

PETALING JAYA – Status rumah tangga dengan pelawak, Shuk Sahar masih menjadi tanya tanya, si isteri, Rossa Sera berkongsi satu video meruntun jiwa anak mereka menangis merindukan kasih seorang ayah.

Video  yang dimuat naik dalam TikTok itu menyaksikan, Sera atau nama sebenarnya, Rossalennah Natassyiah Assahaferah menulis status ringkas seperti memberi bayangan dia kini menggalas tanggungjawab  sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya yang sepatutnya dijalankan Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar.

“Penantian seorang anak,” tulisnya sebagai  kapsyen berserta tanda pagar #ytjy #anaktakbersalah dan #tanggungjawab.

Dalam video berkenaan, kelihatan anak bongsu Shuk sedang menangis dan melontarkan kata-kata dalam keadaan menyayat hati seraya ditenangkan Sera berbunyi: “Mak, rindu ayah..”

@rossa.sera

Penantian seorang anak 😢 #ytjt #anaktakbersalah #tanggungjawab #fyp

♬ suara asli – justme – justme

Sementara itu, turut tertera dalam video ialah luahan emosi Sera yang mengharapkan agar diberikan kekuatan untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa.

“Perkara yang paling sakit ialah mendengar tangisan seorang anak yang merindukan ayahnya.

“Ya Allah, berikanlah kekuatan buat anak-anakku. Jadikanlah aku seorang yang tabah untuk menjadi ayah buat Aimi dan Ain,” katanya.

18 Mac lalu, Sera hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta sekali gus mengundang pelbagai persoalan tentang status rumah tangganya dengan Shuk.

Menerusi video dimuat naik dalam Instagram, Sera dilihat menuruni anak tangga dengan memakai jubah hitam sambil memegang sekeping fail.

Bagaimanapun, ditanya media tentang status dirinya ketika itu, Sera lebih selesa mengunci mulut tentang tujuannya ke mahkamah.

Status rumah tangga Shuk dan Sera masih menjadi tanda tanya ramai selepas dia memfailkan perceraian terhadap pelawak berkenaan November tahun lalu.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut berlaku selepas berkali-kali Shuk didakwa berlaku curang terhadap isterinya terutama dengan seorang wanita bernama Farah Salleh.

Sekadar info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI