CERDIKNYA anak kepada pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya. Walaupun baru sahaja berusia dua tahun, Fatima sudah menunjukkan minat untuk belajar membaca dan menghafal huruf ABC.
Sejak kecil lagi Fatima memang sudah menjadi perhatian ramai. Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam sebuah Instagram @fattzuralovelife, kelihatan Fatima sedang tekun belajar ABC ketika menonton sebuah program pendidikan kanak-kanak dalam televisyen.
Walaupun ketika itu sudah malam, Fatima kelihatan teruja mempelajari ABC dan berusaha menyebut setiap perkataan yang diajar.
Memang sangat comel melihat gelagat Fatima lebih-lebih lagi dengan pertuturannya yang masih lagi pelat!
Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikut Fatima terhibur melihat kepintaran dan gelagatnya.
“Fatima anak yang bijak,” komen seorang netizen.
“Amboi rajin dia belajar tengah-tengah malam. Budak bijak,” kata seorang pengguna Instagram.
“Fatima ada peperiksaan ke esok?” usik seorang netizen.
Kalaulah Diva ada anak lelaki, rasa nak jodohkan sahaja dengan si Fatima. Tapi sayangnya, Diva ada anak tekak sahaja. Sedih!
DIVA: Setiap petang hujan lebat berserta ribut. Semoga peniaga-peniaga di bazar Ramadan tabah dengan dugaan ini.