fbpx

Akta Anti Lompat Parti dibentang Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) bersama Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) dan Tan Sri Idrus Harun pada sidang akhbar hari ini.

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dijangka akan di bentang di Parlimen pada sesi sidang Dewan Rakyat, Julai depan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas selesai taklimat khas RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, di sini hari ini.

Ismail berkata, pihaknya yakin RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dapat diluluskan esok berdasarkan komitmen diberikan semua pihak termasuk pihak pembangkang.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mewujudkan jawatankuasa khas bagi memperincikan, menggubal dan meneliti pindaan RUU Anti Lompat Parti itu sebelum ia dibentangkan kepada Kabinet terlebih dahulu.

“Jawatankuasa khas itu akan disertai wakil kerajaaan, pembangkang, ahli akademik dan pakar Perlembagaan.

“Kami berharap perincian oleh Jawatankuasa khas itu akan dipercepatkan kerana sasaran kami untuk bentangkan RUU itu pada Julai ini.

“Secepat mana jawatankuasa itu boleh mencadangkan untuk dibentangkan dalam Kabinet untuk persetujuan. Selepas itu maka kita boleh bentangkan segera di Parlimen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI