fbpx

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah dari Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas pemain ragbi kebangsaan Hisham Abdul Rahman, yang meninggal dunia semalam.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Hisham dan turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

“Seri Paduka Baginda berdua menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat sukan ragbi kebangsaan.

“Selain mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya tadi.

Tambah kenyataan itu, Hisham merupakan pemain ragbi kebangsaan pada era 70-an hingga 80-an, pernah dipilih mewakili negara pada kejohanan Asian Rugby Football Union (ARFU) dan Sukan Sea 1979 di Jakarta, Indonesia.

Sementara itu, Allahyarham yang berasal dari Johor merupakan pengasas Kelab Ragbi Anchorman dan antara individu yang terlibat dalam penubuhan Kuala Lumpur Rugby Union (KLRU).

“Allahyarham juga merupakan rakyat Malaysia pertama dipilih menyertai Majlis Eksekutif Ragbi Asia selama dua tahun, bermula pada 2011.

“Sebagai Ahli Majlis Eksekutif Ragbi Asia, Hisham memainkan peranan penting dalam membawa penganjuran Kejohanan Ragbi Asia 15 sebelah ke negara ini yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Selangor,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI