fbpx

14,944 kes Covid-19, 31 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 14,944 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,307,529 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 104 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (9,674 kes), Kuala Lumpur (970 kes), Perak (637 kes), Negeri Sembilan (579 kes), Johor (556 kes), Pulau Pinang (525 kes), Sarawak (385 kes), Melaka (350 kes), Kedah (331 kes), Pahang (321 kes) dan Terengganu (226 kes).

“Seterusya, Sabah (172 kes), Kelantan (127 kes), Putrajaya (35 kes), Perlis (34 kes) dan Labuan (22 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 31 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,259 kes serta sebanyak enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,449 kes.

Sebanyak 158,439 kes aktif dilaporkan melibatkan 154,880 kes dikuarantin di rumah, 341 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,012 kes di hospital, 97 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 109 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI