fbpx

Sempat pergi bercuti sebelum maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Ezza menunjukkan gambar arwah Mohamad Kamil ketika ditemui di HTAN, Kuala Pilah semalam.

KUALA PILAH – Tindakan seorang pemuda meluangkan masa untuk bercuti di beberapa lokasi pelanco­ngan seolah-olah menjadi petanda yang dia akan menemui ajal apabila terlibat dalam kemala­ngan semalam.

Juruteknik sistem audio, Mohamad Kamil Ahmad Ishak, 28, maut apabila kereta jenis Pe­rodua Kenari yang dipandunya bertembung dengan Perodua Kancil di Kilometer 29, Jalan Se­remban-Kuala Pilah di sini.

Kemalangan pada pukul 2.20 pagi itu mengakibatkan Mohamad Kamil meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini, manakala pemandu Perodua Kancil, Nur ­Amylia Shahira Hamidi, 24, maut di lokasi kejadian.

Adik Mohamad Kamil, Nurul Ezza Ahmad Ishak, 26, berkata, abangnya tidak menunjukkan sikap ganjil melainkan dia ada pergi bercuti dengan rakan-rakan­nya sebulan sebelum Ramadan.

Katanya, arwah yang mesra disapa Ayong merupakan abang yang sangat baik dan tidak pernah berkira dengan empat adikberadik lain.

“Ayong macam biasa sahaja cumanya untuk bulan lalu, Ayong banyak pergi bercuti di Langkawi, Pulang Pinang dan Kuala Terengganu bersama-sama rakan-rakannya seolah-olah ingin menunaikan hajat berjalan-jalan.

“Tak sangka pula ia umpama menandakan ajal dia akan tiba. Arwah abang dalam perjalanan pulang ke Kampung Gajah, Perak sebagai persiapan menyambut Aidilfitri bersama keluarga memandangkan kami sudah lama tidak meraikannya bersama,” katanya ketika ditemui.

Menurut Nurul Ezza, kali ter­akhir mereka bertemu ialah sebelum puasa di rumahnya di Se­remban kerana Ayong tinggal di rumah neneknya di sini di Kampung Mampas, Terachi di sini.

Tambahnya, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ba­panya pada pukul 3.30 pagi.

“Abang dalam perjalananan dari rumah rakannnya di Gachong untuk pulang ke rumah nenek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supe­rintendan Amran Mohd. Ghani berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Nur ­Amylia hilang kawalan lalu ma­suk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kende­raan Mohamad Kamil.

“Nur Amylia yang merupakan pengurus sebuah restoran makanan segera dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Pilah, manakala Mohamad Kamil pula dari arah bertentangan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jenazah dikebumikan di Ta­nah Perkuburan Islam Kampung Mampas, Terachi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI