fbpx

Ronaldo ‘kebal’ berdepan kritikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (kiri) memuat naik gambar bersama Dalot (kanan) dalam laman Instagram miliknya menjelang aksi bertemu Everton di Goodison Park malam ini. – CRISTIANO

MANCHESTER – Cristiano Ro­naldo tidak terkesan dengan ke­nyataan bekas rakan sepasukannya, Wayne Rooney, sebaliknya bersemangat untuk membantu Manchester United meraih kemenangan ke atas Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park malam ini.

Ronaldo, 37, menjelaskan dia memiliki tiga perkara penting yang sedang dilakukannya ketika ini di sebalik kenyataan Rooney yang mencadangkan The Red Devils supaya melepaskan khidmat kapten Portugal itu.

Selain berusaha meletakkan semula United dalam kelompok empat terbaik untuk mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara, Ronaldo juga gigih memberikan semangat dan sokongan padu kepada rakan sepasukannya untuk tampil lebih baik.

Bukan itu sahaja, Ronaldo adalah seorang bintang bola sepak dengan kualiti tersendiri, terutama dari segi kemampuan mena­ngani segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

“Kerja keras, setiap hari perlu berikan fokus kepada tujuan sebenar, nikmati detik-detik bersama rakan-rakan. Sesi latihan yang hebat bersama Diogo Dalot. Teruskan berjuang,” kata Ro­naldo selepas memuat naik kenya­taan gambar dalam laman sosial Instagram miliknya.

Jika melihat semula kepada perjalanannya, kehebatan Ro­naldo tidak perlu diragui lagi ke­rana penca­paian yang telah diraih dalam karier profesionalnya sudah pun membuktikan semuanya.
Sebelum ini, Roo­ney berpendapat United perlu melihat lebih ke depan dengan menggunakan pemain yang lebih muda untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

“Ronaldo menjaringkan ba­nyak gol penting termasuk di Liga Juara-Juara awal musim ini, malah dia juga meledak hatrik ke atas Tottenham (Hotspur).

“Jika melihat kepada masa depan kelab, United perlu ada pemain lebih muda yang dahagakan kejayaan,” jelas Rooney. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI