fbpx

Putin didakwa bawa beg bimbit nuklear ke upacara pengebumian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEG itu mempunyai kod kunci peribadi dan berada di bawah pengawasan setiap masa. – The Sun/AFP

MOSCOW – Presiden Vladimir Putin dilaporkan menghadiri upacara pengebumian di Moscow sambil dikelilingi oleh pengawal tentera yang didakwa membawa ‘beg bimbit nuklear’ Rusia, lapor akhbar The Sun semalam.

Putin tiba di Katedral Christ the Savior di Moscow untuk memberi penghormatan kepada ahli politik tempatan, Vladimir Zhirinovsky.

Zhirinovsky dipercayai jatuh sakit akibat dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke hospital. Dia telah menerima lapan suntikan vaksin Covid-19.

Kehadiran pegawai tentera yang membawa peralatan pelancar peluru berpandu strategik Kremlin dianggap sebagai petanda menyeramkan bahawa Putin serius untuk menggunakan senjata nuklear.

Gambar-gambar itu muncul tujuh minggu selepas Putin meminta pasukan senjata nuklearnya supaya siap siaga selepas menyelar pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) atas apa yang didakwanya melakukan sekatan yang ‘agresif’.

Kebimbangan mengenai perang nuklear menyelubungi konflik Ukraine selepas jentera perang Putin dilumpuhkan oleh tentera Kiev. Ia mencetuskan kebimbangan bahawa Rusia akan menggunakan nuklear untuk memecahkan kebuntuan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI